1 malaysia 1 malaysia 1 malaysia 1 malaysia 1 malaysia 1 malaysia 1 malaysia1 malaysia 1 malaysia 1 malaysia 1 malaysia1 malaysia

Saturday 1 August 2015

Matlamat Gagasan 1 Malaysia





 1Malaysia bermatlamat untuk mengekal dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.

• Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai. 1Malaysia bertujuan menyemarakkan semulasemangat perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan rakyat Malaysia.
• Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.

kemajuan gagasan 1 malaysia pada kepelbagaian budaya,kata rais
menteri penerangan komunikasi dan kebudayaan Datuk seri Dr Rais Yatim selasa berkata kemajuan
gagasan malaysia untuk masa akan datang terletak pada kepelbagaian budaya dan seni rakyat ini.
katanya melalui kebudayaan dan kesenian,gagasan 1 malaysia lebih mudah dicapai dan diamalkan kerana menerusi penyebaran dua elemen penting ini,tidak wujud halangan penyatuan dikalangan rakyat pelbagai kaum.

menerusi kebudayaan dan kesenian yang kta jalin.. dan kepelbagaian itu kita satukan dalam persembahan-persembahan,maka pengertian mengenai gagasan itu lebih mudah kita capai,'' katanya
kepada pemberita selepas melancarkan ''buku kebudayaan Malaysia: Sebuah pengenalan '' di Auditorium kompleks kraftangan malaysia disini.

dalam konteks ini,Rais berkata, mulai tahun depan menerusi jabatan kebudayaan dan keseniaan Negara khasnya dan kementerian itu amannya,akan membantu pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
dalam mempromosi pelbagai program bercorak kebudayaan dan kesenian pelbagai kaum ke peringkat Negeri-negeri bagi membolehkan rakyat pelbagai kaum menilai , menghormati dan menghargai semua amalan budaya di negara ini.

''Dengan lain perkataan kebudayaan Malaysia itu mesti jelas dilihat dalam kepelbagainnya.. bila dipersembahkan di daerah dan negeri-negeri kita nampak disitu kesatuannnya.'' ini (persembahan)tidak tinggalkan mana-mana pihak termasuk disabah,sarawak dan orang asli..1malaysia bukan gagasan politik, ia juga gagasan kebudayaan dan kesenian di tanah air kita. kata rais.

rais juga berkata usaha membantu NGO mempromosi kebudayaan dan kesenian rakyat [elbagai kaum akan dijalankan secara meneluruh dan kebekesanannya akan dimasukkan dalam piawaiaan pekerjaan dalam profesional kementerian.

''KPI (petunjuk prestasi utama) dan NKRA (Bidang keberhasilan utama negara) dibawah kementerian ini juga akan dilihat dari segi tersebut dan kita akan amalkan nisbah praktikalnya buat masa akan datang khususnya pada 2010,'' katanya.


Gagasan 1 malaysia itu lebih praktikal diterima oleh generasi muda pertengahan,yang lanjut umur serta yang diperingkat persekolahan dan tanpa penyatuan dalam budaya ,negara tidak akan berjaya sepenuhnya mencapai matlamat nasionalnya.

''jadi kementerian bersama semua jabatan akan bersunggu melibatkan semua kaum dalam percantuman persembahan,hiburan,seni dan budaya dalam setiap program merakyatkan seni.'' katanya.

mengenai pembentukan negara bangsa , rais berkata pembentukannya menerusi keutuhan pembudayaan akan memakan masa.


No comments:

Post a Comment