1 malaysia 1 malaysia 1 malaysia 1 malaysia 1 malaysia 1 malaysia 1 malaysia1 malaysia 1 malaysia 1 malaysia 1 malaysia1 malaysia

Thursday 27 August 2015

KESIMPULAN

Konsep 1 malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan lagi hubungan kaum bagi memastikan rakyat malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip rukun negara. perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat-menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara terlebih dahulu .

Semua kaum perlulah menganggap bahawa mereka adalah bangsa malaysia dimana segalanya perlu dinikmati secara bersama-sama . Malaysia adalah negara kita dimana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunanan dan pembelaan daripada pihak kerajaan.

Nilai-nilai murni diharapkan agar dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara . Melalui gagasan 1 Malaysia ini,  tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah bangsa malaysia dan rakyat malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.

Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat,modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara . keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti , kebolehan , dedikasi dan kesetiaan.

sesungguhnya semua rakyat malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1malaysia iaitu (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini.

sumber : 1malaysia jabatan penerangan malaysia

No comments:

Post a Comment