contoh video mengenai apa itu malaysia.
1 Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di
kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa
nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat
Malaysia. Ia bukan satu dasar baru yang terpisah dari dasar-dasar
kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, sebaliknya ia merupakan
pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk
mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah
mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat
dan negara Malaysia.
Dalam erti kata lain 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang
akan membantu memastikan aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020
tercapai jika ia diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh
setiap lapisan masyarakat.
Pengertian ini adalah berdasarkan hujah bahawa untuk mencapai
status negara maju sepertimana yang diilhamkan melalui
Wawasan 2020, syarat yang paling utama ialah sebuah negara yang
kukuh dan stabil dan ini akan hanya dapat dicapai apabila rakyatnya
bersatu padu.
Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1Malaysia amat berbeza
dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain di mana
identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti
nasional yang sama.
Sebaliknya 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip
Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di
Malaysia , dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang
patut dibanggakan.
1Malaysia turut menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat
berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum
yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan
saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.
Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua
kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan.
Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang
berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan
peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan
kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.
1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara.
Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih
dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan
antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila
perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.
Definisi konsep 1 malaysia menurut YAB Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak:
"kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebbagai bangsa malaysia. One people.dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan keendak semua kumpulalan etnik dalam negara kita;ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif,dasar untuk menolong kaum bumiputra asalkan dasar itu dilaksanakan kepada golongan bumiputra yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama "
Malaysia sememangnya kaya dengan semangat perpaduan kaum.. sebagai contoh yang boleh dilihat semasa perayaan-perayaan di malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti perayaan hari raya , perayaan tahun baharu cina , perayaan Deepavali dan perayaan hari Natal .
Video di atas menunjukkan contoh perayaan-perayaan yang terdapat di Malaysia .
No comments:
Post a Comment