1 malaysia 1 malaysia 1 malaysia 1 malaysia 1 malaysia 1 malaysia 1 malaysia1 malaysia 1 malaysia 1 malaysia 1 malaysia1 malaysia

Thursday 27 August 2015

KESIMPULAN

Konsep 1 malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan lagi hubungan kaum bagi memastikan rakyat malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip rukun negara. perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat-menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara terlebih dahulu .

Semua kaum perlulah menganggap bahawa mereka adalah bangsa malaysia dimana segalanya perlu dinikmati secara bersama-sama . Malaysia adalah negara kita dimana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunanan dan pembelaan daripada pihak kerajaan.

Nilai-nilai murni diharapkan agar dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara . Melalui gagasan 1 Malaysia ini,  tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah bangsa malaysia dan rakyat malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.

Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat,modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara . keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti , kebolehan , dedikasi dan kesetiaan.

sesungguhnya semua rakyat malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1malaysia iaitu (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini.

sumber : 1malaysia jabatan penerangan malaysia

Aspek Kedua- Nilai-Nilai Aspirasi


Nilai-nilai Aspirasi yang digagaskan dalam konsep 1Malaysia ialah nilai-nilai yang perlu ada pada masyarakat progresif dan dinamik yang akan memacu negara ke arah mencapai status negara maju. Nilai-nilai aspirasi akan membantu dalam mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam persekitaran global dan ini seterusnya membantu melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap.




Dalam melaksanakan aspek kedua gagasan 1Malaysia, nilai-nilai berikut perlu diberi penekanan :
  • Budaya Berprestasi Tinggi : Sifat untuk memastikan setiap perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambil lewa dan “acuh tak acuh”tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju.
  • Budaya Ketepatan : Sebagai rakyat sebuah negara yang berhasrat mencapai status negara maju, rakyat Malaysia perlu dikenali dengan budaya ketepatan, termasuklah menepati waktu dan mengutamakan kecekapan dalam melaksanakan semua tugas dan kewajipan.
  • Budaya Inovasi : Adalah kesediaan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang kita ceburi. Rakyat Malaysia perlu dikenali sebagai individu-individu yang mampu menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Kita mesti berani berubah untuk kebaikan, berani mencari penyelesaian baru dalam menangani masalah dan sentiasa bersedia untuk menjadi perintis dalam setiap bidang yang diterokai.
  • Kesetiaan :  Kesetiaan sepenuhnya kepada negara Malaysia dan kesediaan untuk berbakti dan berkorban demi negara yang tercinta.
  • Integriti : Rakyat Malaysia perlu memiliki integriti yang tinggi dalam melaksanakan sebarang tugas dan tanggungjawab agar bangsa dan negara sentiasa disegani dan dihormati oleh semua pihak. Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap dalam melakukan sebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab.
  • Budaya Ilmu : Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu sepanjang hayat.
  • Kebijaksanaan :  Ialah cara berhadapan dengan sebarang masalah dengan penuh berhemah dan teliti agar tidak berlaku perkara-perkara yang menyinggung hati dan perasaan mana- mana pihak yang lain.
  • Ketabahan : Ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang mendatang. Rakyat Malaysia seharusnya bersifat tidak mudah mengaku kalah, sebaliknya perlu memiliki keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang kental dalam apa jua bidang yang diceburi.

sumber : https://www.pmo.gov.my

Aspek Pertama – Penerapan Teras-Teras Perpaduan



Konsep 1Malaysia digagaskan akan terlaksana dalam dua aspek utama ..yang pertama ialah Penerapan Teras-Teras Perpaduan 


Menerapkan teras-teras perpaduan sebagai budaya dan amalan semua rakyat Malaysia. Teras perpaduan ini adalah komponen
komponen asas yang menguatkan semangat bersatu padu di kalangan rakyat berbilang kaum. Teras Perpaduan ini didokongi oleh nilai-nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia.


1. Penerimaan 

1Malaysia menekankan sikap Penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara. Ia adalah peningkatan ketara dari sikap toleransi semata-mata.

a. Prinsip-prinsip Kenegaraan yang berasaskan:

 a  I ) . Perlembagaan Persekutuan
    II )  Rukun Negara

b. Keadilan Sosial 

Semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukanperuntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.

2. NILAI-NILAI MURNI

Ketiga-tiga Teras Perpaduan ini pula didokongi oleh nilai- nilai murni termasuk nilai-nilai berikut:


I) Hormat-menghormati : Hormat menghormati antara semua kaum termasuk menghormati adat resam serta budaya kaum lain. Rasa hormat ini juga menuntut kita tidak mengeluarkan kata-kata kesat tentang kaum lain dan juga tidak mempersoalkan peruntukan-peruntukan undang-undang yang menyentuh sensitiviti kaum.

II) Rendah hati (Tawadhuk): Rasa rendah hati atau Tawadhuk adalah perasaan insaf bahawa kita semua adalah rakyat dalam satu negara yang sama dan kita perlu hidup bersama secara harmoni. Ia juga merangkumi pengertian bahawa setiap kaum, malah setiap individu ada kelemahan dan kelebihannya yang sendiri, dan seharusnya kita memanfaatkan kelebihan masingmasing demi untuk memperkukuhkan masyarakat dan negara.

III) Kesederhanaan: Ialah pendekatan sederhana dalam apa jua isu yang berbangkit. Dalam negara bermasyarakat majmuk seperti Malaysia, tindakan atau tutur kata bersifat ekstrem tidak langsung boleh diterima kerana ia boleh membawa kepada masalah ketidakstabilan sosial yang lebih parah.

IV) Berbudi-bahasa: Budi-bahasa ialah tuturkata dan tingkah laku yang tertib dan berpaksikan kesantunan dalam segala interaksi dan perhubungan dengan pihak lain bagi menjana kerjasama dan permuafakatan yang lebih erat.


sumber :  https://www.pmo.gov.my


Asas-Asas 1 malaysia



Konsep Gagasan 1 Malaysia ini akan tercapai sekirannya beberapa pendekatan di ambil . Asas-asas yang dititikberatkan dalam pendekatan ini amat penting dalam memastikan masyarakat khususnya dapat menerima gagasan ini dengan hati yang terbuka dan seterusnya urusan pembangunan negara dapat dilaksanakan dengan sempurna .



1. Perpaduan adalah pra-syarat dalam usaha untuk merealisasikan aspirasi negara iaitu dalam mencapai status Negara Maju menjelang tahun 2020.

2. 1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara maju .

4. Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam menerajui hala tuju negara menuju kecemerlangan  bermula sejak kemerdekaan dicapai. 1Malaysia adalah bertujuan untuk menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan rakyat Malaysia.

5. Untuk mencapai kemajuan bagi negara rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.






Saturday 1 August 2015

Matlamat Gagasan 1 Malaysia





 1Malaysia bermatlamat untuk mengekal dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.

• Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai. 1Malaysia bertujuan menyemarakkan semulasemangat perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan rakyat Malaysia.
• Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.

kemajuan gagasan 1 malaysia pada kepelbagaian budaya,kata rais
menteri penerangan komunikasi dan kebudayaan Datuk seri Dr Rais Yatim selasa berkata kemajuan
gagasan malaysia untuk masa akan datang terletak pada kepelbagaian budaya dan seni rakyat ini.
katanya melalui kebudayaan dan kesenian,gagasan 1 malaysia lebih mudah dicapai dan diamalkan kerana menerusi penyebaran dua elemen penting ini,tidak wujud halangan penyatuan dikalangan rakyat pelbagai kaum.

menerusi kebudayaan dan kesenian yang kta jalin.. dan kepelbagaian itu kita satukan dalam persembahan-persembahan,maka pengertian mengenai gagasan itu lebih mudah kita capai,'' katanya
kepada pemberita selepas melancarkan ''buku kebudayaan Malaysia: Sebuah pengenalan '' di Auditorium kompleks kraftangan malaysia disini.

dalam konteks ini,Rais berkata, mulai tahun depan menerusi jabatan kebudayaan dan keseniaan Negara khasnya dan kementerian itu amannya,akan membantu pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
dalam mempromosi pelbagai program bercorak kebudayaan dan kesenian pelbagai kaum ke peringkat Negeri-negeri bagi membolehkan rakyat pelbagai kaum menilai , menghormati dan menghargai semua amalan budaya di negara ini.

''Dengan lain perkataan kebudayaan Malaysia itu mesti jelas dilihat dalam kepelbagainnya.. bila dipersembahkan di daerah dan negeri-negeri kita nampak disitu kesatuannnya.'' ini (persembahan)tidak tinggalkan mana-mana pihak termasuk disabah,sarawak dan orang asli..1malaysia bukan gagasan politik, ia juga gagasan kebudayaan dan kesenian di tanah air kita. kata rais.

rais juga berkata usaha membantu NGO mempromosi kebudayaan dan kesenian rakyat [elbagai kaum akan dijalankan secara meneluruh dan kebekesanannya akan dimasukkan dalam piawaiaan pekerjaan dalam profesional kementerian.

''KPI (petunjuk prestasi utama) dan NKRA (Bidang keberhasilan utama negara) dibawah kementerian ini juga akan dilihat dari segi tersebut dan kita akan amalkan nisbah praktikalnya buat masa akan datang khususnya pada 2010,'' katanya.


Gagasan 1 malaysia itu lebih praktikal diterima oleh generasi muda pertengahan,yang lanjut umur serta yang diperingkat persekolahan dan tanpa penyatuan dalam budaya ,negara tidak akan berjaya sepenuhnya mencapai matlamat nasionalnya.

''jadi kementerian bersama semua jabatan akan bersunggu melibatkan semua kaum dalam percantuman persembahan,hiburan,seni dan budaya dalam setiap program merakyatkan seni.'' katanya.

mengenai pembentukan negara bangsa , rais berkata pembentukannya menerusi keutuhan pembudayaan akan memakan masa.